Friday, December 12, 2008

Tanda-Tanda Kematian














100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma
samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku
lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung
rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau
seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika
diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut
seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka
sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati
maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar
akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi
kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa
memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja
tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran
tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan
masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan
urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.
Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.
Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash
Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita
antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang
masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan
wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang
terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi
kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan
jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka
yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang
sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya
berselera untuk makan.

3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian
tengah dahi kita iaitu
diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat
dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut
kita tidak mengandungi banyak najis dan iniakan
memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika
ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan
bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh
dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan
beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang
terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan
satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan
ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat
untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu
keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun
ke pinggang dan seterusnya akan naik ke
bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus
mengucap kalimah syahadah
dan berdiam diri dan menantikan kedatangan
malaikat maut untuk menjemput
kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan
kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada
Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang
yang dipilih oleh Allah yang akan diberi
kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini
semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha
memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun
dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang
piutang kita. Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat
Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha
mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati
seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan
amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun
doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan
Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan
berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh
Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan
tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari
keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah
SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari
kelemahan manusia itu sendiri.

WALLAHUA`LAM

Moga-moga setiap kita dan keluarga diampuni Allah
dan diberkati hidup dan mati hingga dapat mempersiap
sediakan bekalan untuk hari kemudian kita.
Bacalah kandungan ini agar dapat menjadi ingatan kita semua.
Insyallah mulalah bertaubat, yang masih malas sembahyang
ubah sikap umur kita semakin hari semakin meningkat.
Rezeki dicari biarlah betul-betul halal. Biar sesal dahulu
jangan sesal kemudian. Saya berpesan kepada diri
saya sendiri dan berharap saudara saya semua begitu juga.
Cubalah kita ingat mengingat sesama kita selagi mampu.


0 comments: